Sunday, December 18, 2011

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Sebenarnya tidak sama sekali..

Sebenarnya setiap pertemuan dengan sesorang itu telah pun dirancang oleh Allah.. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. Allah telah mengaturkan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini, dan setiap pertemuan sesama manusia itu mesti ada hikmah dan ada benda yang tersirat utk kita..

Dan pertemuan kita dengan mereka yang salah itu sebenarnya banyak mengajar kita.. Allah memberi kita peluang untuk belajar sesuatu darinya..Kita tidak boleh menyalahkan sape2 dan diri kita atas pertemuan itu, kerana semuanya telah dirancang olehNYA.. Dan sebenarnya pertemuan kita dengan seseorang itu merupakan satu bahagian2 yang mempunyai pelbagai hikamh dan kebaikan, bergantung pada diri kita untuk memperoleh manfaat dari setiap pertemuan itu.. Walaupun pertemuan itu mempunyai banyak kekurangan, kesakitan dan menyeksaan, tapi diri kita perlu teguh kuat menghadapinya kerana pada suatu hari nanti pasti Allah memberi ganjaran kepada diri kita dengan apa yg kita hadapi dengan pertemuan itu....Allah mesti menetapkan sesuatu kepada kita sekiranya kita yakin denganNYA..

Yang penting kita perlu banyakkan bersabar n berdoa kepada Allah.. Kuatkan hati, dan tabahkan hati kita.. yang penting kita mesti kembali kepada nYA, kerana DIA yang menentukkan segalanya.

No comments:

Post a Comment